Lestari Alam Sekitar.
PANDU ARAHDASHBOARDFOLLOW
Bahana Pencemaran Air
Monday, 4 March 2013 , 0 Comment



PENCEMARAN AIR
1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik .
2 . Air boleh dicemari melalui
( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang
( b ) tumpahan minyak dari kapal laut
( c ) pembuangan sampah-sarap dan najis
( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa . 

Menjejaskan Kesihatan
1 . Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai . 
2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi .
3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .

Pembunuh Hidupan Air
1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut .
2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati .
3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .
4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air . 
5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .

Memburukkan Keindahan Alam
1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang .
2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .

Labels: , , ,

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum dan Selamat Datang.
Blog ini telah ditubuhkan pada 14 Februari 2013 untuk pertandingan mereka blog bagi panitia Bahasa Melayu bersempena dengan bulan bahasa peringkat sekolah S.M.K.A Tun Perak Jasin, Melaka.

Tahukah Anda
Kaca tidak susut dan boleh dikitar semula sampai bila-bila.

Pengasas

Nama saya Hamizan bin Hamzah. Pelajar tingkatan 4 Agama 3 bagi tahun 2013. Untuk mendapat paparan terbaik sila gunakan pelayar Google Chrome atau Mozilla Firefox.

Pautan

Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Alam Sekitar Malaysia Berhad Rakan Alam Sekitar (RAS) RAS Melaka e-aduan Melaka Jabatan Tanah Dan Galian Jabatan Pengairan Dan Saliran Jabatan Hutan JUPEM Jabatan Hidupan Liar Jabatan Perhutanan Malaysia Jabatan Taman Laut Institt Penyelidik Hidraulik


« NEWEST // OLDEST »
Hak Milik : Hamizan Hamzah. Hak Cipta Terpelihara.