LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Sunday, 10 March 2013 , 0 Comment
Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab 1 Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan tempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi . 2 Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian , perumahan , industri perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau . 3 Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar . 4 Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan , makanan , ubatan , kulit dan bulu turut susut bilangannya . 5 Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia . 6 Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya. Contohnya burung dodo , harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi . 7 Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan . Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan 1 Makanan : manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat . 2 Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya . 3 Sumber bahan mentah ( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas . ( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan . 4 Keseimbangan alam sekitar : ( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam . ( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis . ( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara . ( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun . ( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi . 5 Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia . 6 Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara . 7 Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak , damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara . KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN 1 Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah seperti : ( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika ( bunga pakma , orkid - orkid liar dan pisang liar ) . ( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) . ( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong , dan ular sawa ) . ( d ) Serangga . ( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau . 2 Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan : ( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal . ( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan . ( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk dagaing dan lemaknya . Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar 1 Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang . 2 Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada . 3 Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk : ( a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya , hutan dara , hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ; T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak ) . ( b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan . ( c ) Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang ( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) . ( d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) , tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ). Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan - haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya . ( e ) Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang , Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi . ( f ) Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan , siamang ,kera , badak Sumatera dan harimau . ( g ) Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar . ( h ) Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar . ( i ) Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang ( j ) Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar . ( k ) Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air . Labels: Air, elektrik, Fakta, keluli, kertas, Kitar Semula, langkah, logam, pelihara, pencemaran, pokok, tanah |