Pencemaran Tanah
Wednesday, 6 March 2013 , 0 Comment
Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui : ( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat ( b ) penyemburan racun serangga ( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan . Kesan Pencemaran Tanah Hakisan Tanah 1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah . 2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan . Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah 1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah . 2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini . Menjejaskan Kesihatan 1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit . 2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain . 3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,kita mungkin diserang penyakit. Kekurangan Tanah Subur 1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah . 2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian . Labels: Fakta, kesan, pencemaran, tanah |